Wednesday 25 May 2016

Resepi Puding Karamel Tanpa Telur




Bahan-Bahan:-

Bahan A – (gula hangus)
2 sdb gula pasir

Bahan B – (puding)

10 gram agar-agar
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
3 sdb tepung kastad
1 sdk esen vanila

Cara Membuat:

1. Mula-mula buat gula hangus seperti biasa. Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil.

2. Masak hingga gula menjadi perang. Kemudian ketepikan.

3. Satukan semua bahan-bahan B. Kacau di atas api.

4. Adunan mesti dikacau selalu supaya tepung kastad tidak bergentel.

5. Apabila menggelegak dan adunan sedikit pekat, tutupkan api. Tapis dan tuangkan adunan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.

6. Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk hingga puding mengeras. Terbalikkan dan bolehlah dihidangkan.

10 Antara makanan yang tinggi Serat ! sesuai untuk Diet

Dalam kesibukan menempuh arus kehidupan serba moden telah menyebabkan ramai yang mengambil ringan terhadap tabiat pengambilan makanan dan kurang peduli dengan makan serat tinggi.




Kekurangan pengambilan serat di dalam pengambilan makanan adalah antara faktor yang meningkatkan risiko penyakit pada masa kini.Kebanyakan negara menyarankan pengambilan serat antara 21 hingga 40g sehari. Tetapi sejauh manakah kesedaran dan kefahaman masyarakat kini terhadap kepentingan pengambilan serat serta kaitannya dengan penyakit?



Serat makanan merupakan bahagian tumbuhan yang tidak boleh dihadam oleh enzim-enzim pencernaan. Ia hanya akan mengalami fermentasi yang lengkap dan separuh lengkap di dalam usus besar.Serat mempunyai kesan fisiologi yang baik kepada proses pembuangan air besar, paras kolesterol darah dan paras gula darah. Serat juga dapat memainkan peranan penting dalam mengawal penyakit termasuklah sembelit, penyakit divertikular, kanser, penyakit jantung, diabetes, obesiti dan hipertensi.



Makanan Serat Tinggi

1.Oatmeal
-Oatmeal mengandungi beta glucan, yang merupakan jenis khusus serat yang mempunyai kesan menurunkan kolesterol yang sangat kuat, dan boleh juga meningkatkan fungsi sistem kekebalan tubuh. Oatmeal merupakan campuran yang baik dari serat larut dan serat tidak larut. Serat larut merupakan jenis serat yang menurunkan kolesterol darah. Sedangkan serat tidak larut dapat membantu menjaga pencernaan berjalan lancar.



2.Betik
-Betik dapat melancarkan proses pembuangan sisa metabolik atau mengelakkan sembelit. Enzim betik juga dapat memecah makanan yang mengandung protein hingga terbentuk berbagai senyawa asam amino yang bersifat menghilangkan terbentuknya bahan yang tidak diingini akibat pencernaan yang tidak sempurna.



3.Berry
-Buah-buahan merupakan sumber serat yang baik. Menurut para ahli pemakanan, raspberry, blackberry dan elderberry adalah sumber terbaik dari serat makanan.



4.Sayuran hijau
-Sayuran hijau adalah sumber makanan yang kaya dengan zat besi, beta-karotena dan serat. Menurut para ahli pemakanan, sayur-sayuran hijau seperti bayam, merupakan sumber serat terbaik.



5.Avocado
-Avocado bermanfaat mengelakkan anemia, terapi kecantikan dan membantu pertumbuhan semula sel darah merah. Jenis buah ini juga banyak mengandung serat sehingga boleh digunakan untuk melancarkan saluran pencernaan dan mencegah sembelit.



6.Buah Pir
-Seperti kebanyakan buah-buahan dengan kulit yang boleh dimakan, pir adalah buah yang paling berkhasiat dan kaya serat ketika kulit mereka dimakan secara utuh. Sebuah pir mengandung sekitar 5.5 gram serat.



7.Brokoli
-Brokoli dapat mencegah kanser dan juga mengandungi banyak serat. Anda akan mendapat kira-kira 5.1 gram dalam cawan brokoli rebus.



8.Kacang
-Kacang yang diolah menjadi pelbagai jenis makanan apapun adalah sumber serat yang lazat, serba boleh, dan murah. Satu cawan kacang boleh mengandungi kira-kira 16.3 gram serat.



9.Badam
-Badam dan hampir semua jenis kacang lain merupakan sumber serat yang sangat baik, dikemas dengan lemak sihat, dan protein. Tetapi jumlah kalori almond cukup tinggi, sehingga tidak boleh terlalu banyak dalam mengambilnya.



10.Gandum
-Bijirin gandum mengekalkan unsur-unsur pemakanan dan kaya serat.



11.Kesimpulan

-Diharapkan penjelasan mengenai makanan yang mengandungi serat tinggi ini akan memberi manfaat untuk anda. Peliharalah kesihatan tubuh badan anda sebaik-baiknya demi kesejahteraan dan kebahagiaan hidup anda.

Resepi Kuih Bengkang Tepung Beras

Bahan-Bahan:-

2 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
1 sudu teh garam
6 cawan santan
1 helai daun pandan

Cara Membuat:-

1. Kisar kesemua bahan kecuali daun pandan sehingga sebati.

2. Masukkan daun pandan dan masak sambil dikacau atas api yang sederhana hingga naik wap. Tutup api dan kacau hingga kental.

3. Sapu rata loyang dengan minyak. Angkat daun pandan dan tuang adunan dalam loyang.

4. Masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 180 (degree celsius) selama 1 jam 30 min atau sehingga masak.

5. Sejukkan terlebih dahulu dan barulah dipotong. Sedia utk dihidangkan.



RESEPI AYAM PERCIK

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam, dipotong 4
Bahan untuk kisar halus (perapan):
6 ulas bawang merah
1 batang serai
4 ulas bawang putih
1 sudu kecil garam
2 cm halia
Bahan untuk kuah percik:
3 cawan santan pekat
1 batang serai
2 cm halia
4-5 tangkai cili kering
8-10 ulas bawang merah
garam secukup rasa
gula secukup rasa
sedikit asam jawa
Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk ayam:

1. Perap ayam yang sudah dibersihkan dengan bahan kisar halus selama minimum 1 jam setengah. Lagi lama diperap lagi sedap.
2. Celup ayam di dalam kuah percik dan panggang sehingga masak. Celupkan dengan kuah lagi sekali sebelum dihidang.
Cara- cara untuk kuah:

1.Kisar serai, halia, cili kering dan bawang merah. Campurkan bersama santan di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana.
2. Teruskan mengacau supaya kuah tidak cepat berketul dan pecah minyak. Perasakan dengan asam jawa garam dan gula.
3. Masak sehingga kuah menjadi pekat


Tuesday 24 May 2016

Ayam Goreng Kunyit Thai Tersedap Di Muka Bumi

Ayam Goreng Kunyit Thai Tersedap Di Muka Bumi





Ayam dipotong kecik2 dan gaul dengan serbuk kunyit, serbuk kari, serbuk cili, tepung jagung, garam, lada hitam kasar dan gula .




Make sure dia pekat macam ni..jangan campur air. Biar air dari ayam tu sendiri yg bagi lekat...biarkan dalam 15-30min .


Minyak jangan banyak sangat..letak ayam sikit2 dalam 5-7 ketul pada satu masa


Tengok...inilah kegaringan yang terbaik..ini lah kegaringan aku cari selama ini dikedai2 yang jual ayam goreng kunyitttt...hahaha


Buangkan sikit minyak bekas goreng ayam untuk tumis bawang putih, bawang holland, bunga kobis, carrot, kacang panjang, cili padi, cili merah, cili hijau...tabur skit gula, serbuk pati ayam dan titis cuka hitam..goreng api kuat sampai garing sikit..lepas tu gaulkan ayam yang dah digoreng tadi .






SEMPERIT DAHLIA GOLD



Bahan

1 ketul butter 250gm
1 penutup esen ros
1/2 cawan gula ising
2 sudu makan tpg gandum
1 cawan tpg kastad
2 1/2 cawan tpg jagung
ceri merah


cara:


- butter + gula+ esen ros kacau rata dgn senduk hgga rata jgn kembang.
- masukkan tpg gandum+ tpg kastard.kacau sebati.
-masukkan tpg jagung sedikit2 ..smpi jadi doh lembut.
-boleh terap n letak hiasan ceri merah.
-bakar suhu 160-170cc api atas bwh 25 minit ikut oven anda.


tips:


1 .butter biar suhu bilik dh lembut boleh guna.jgn terlalu lembik nnt berminyak biskut akan kembang.
2. kacau guna senduk aje..JANGAN guna mixer.
3. adunan doh memang lembek utk mudah terap dgn acuan.kalau keras sakit jari ..kelopak bunga xlawa.
4. cepat terap semperit kerana jika lambat doh cpt keras.




SOS ala² cheesy wedges KFC

Homemade sos ala² cheesy wedges KFC
- 2 sb majerin
- 2 sb tepung gandum
- 1 liter susu Segar
- 2 sb serbuk cili
- 12 slices cheese ( apa² jenama sya guna cheasdale)
- garam, lada hitan & lada putih cukup rasa
- pewarna kuning
Cara²

Cairkan majerin..masuk tepung kacau jangan bg ketul..masuk susu..masuk cheese..masuk serbuk cili..garam..lada..ikut rasa sendiri..masuk pewarna kuning skit..kacau..mula² x berapa pekat nnt dah sejuk dia akan pekat sikit smile emoticon
Boleh la buat cicah fries..wedges..ayam goreng ka..anak² sure suka.. Selamat mencuba
Sumber resepi : Siti Nurhaizan Wan Ngah